Pages

Site2 yg lebih menarik...

July 17, 2011

promote skeyt laksa penang

Kpd sesape yg penah brknjung ke Penang msti penah cbe laksa penang kn...Amacam...? Msti sdap kn...Gerenti pnya la..so kt sni nk gtau la skeyt psal resipi laksa penang yg sdap 2...bleyh la try sndri kt umah..hehehe

so ni la bhan2 yg perlu ad.. 
  • Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

    • 3-4 paket laksa beras (cap ape pown xkesah...tp disyorkan gna cap Zong Shan)
    *Bahan kuah laksa*
    • 1 kg ikan kembung
    • 3-4 ulas asam keping
    • 1/2 labu bawang besar
    • 7-10 ulas bawang merah
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 3-4 cm halia
    • 10-12 sudu makan cili giling
    • 7-10 biji cili padi
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 3 cm belacan
    • segenggam daun kesum
    • 1 batang bunga kantan
    • garam secukup rasa 
    *Bahan ulam laksa*
    • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
    • 1 biji cili merah - dihiris
    • 1 biji cili hijau - dihiris
    • 1/2 labu bawang besar - dihiris
    • 5-6 biji cili padi - dihiris
    • 1/2 biji nanas - dihiris
    • 1 batang timun - dihiris memanjang
    • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
    • 4-5 helai daun salad - dihiris
    • sedikit daun pudina

    *Bahan opsyenal*
    • petis udang 

      ni plak cra nk sdiakn...

      *Laksa* 
      1. Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan... 

        *Kuah laksa*  
        1. Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...
        2.  
        3. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
        4. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...
        5. Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
        6. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...
        7. Kemudian, panaskan periuk...
        8. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
        9. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
        10. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...
        11. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P
          
        p/s : hiasannye ikot kreativiti sndri la ea....hehehe

      5 comments:

      syrupmasin said...

      laksaaaaa :)

      topek said...

      ce try wat...msti sdap...=)

      Roti Telur said...

      aku xsuka sgt laksa..huhu

      myhatiku said...

      kreativiti sendiri ea..bubuh tembikai bleh lah :D

      topek said...

      myhatiku: bleyh jea...bru ade rse mnis2 skeyt...=)

      Lagi Best.....^-^