Pages

Site2 yg lebih menarik...

July 16, 2011

Iblis dan Nabi Adam a.s.

Kita semua tau yang Iblis ialah satu2nya makhluk Allah yang tidak taat pada perintah Allah ketika Allah memerintahkan agar semua makhluk untuk sujud kepada nabi Adam a.s....

Keingkarannya untuk sujud telah mengundang kemurkaan Allah...

Kemudian Allah mengubah bentuk wajahnya yang mulanya indah berubah menjadi wajah babi hutan, kepalanya seperti unta, dadanya seperti bonggol unta besar, wajahnya antara dada dan kepala seperti kera, kedua matanya melotot seluas wajahnya, lubang hidungnya lebar seperti alat bekam, bibirnya seperti bibir lembu, taringnya seperti babi hutan dan jangggutnya hanya ditumbuhi tujuh helai rambut. Kemudian Allah mengusirnya dari Syurga, dari langit, dari bumi dan dari semua wilayah.Iblis tidak boleh masuk bumi kecuali secara bersembunyi, dan dilaknati sampai hari kiamat. 

 Antara sebab2 Iblis enggan untuk sujud kepada nabi Adam a.s. adalah antaranya:
  • Allah menciptakan nabi Adam a.s. sebagai khalifah berbanding Iblis..,
  • Nabi Adam a.s. dikurniakan hakikat Ubudiyah yang tidak ada pada Iblis, walaupun pada zahirnya,     Iblis lebih banyak beribadah kepada Allah s.w.t...
  • Takkala Iblis disuruh untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s., ANA (sifat rasa diri sendiri bagus) meluak-luak di dalam hatinya, kerana membandingkan dirinya yang sudah lama beribadah kepada Allah s.w.t., dengan makhluk yang baru diciptakan, tanpa sebarang ibadah.

Ketika sifat rasa diri sendiri bagus dalam diri Iblis merasa tercabar dengan nabi Adam a.s.,dia lantas lupa bahawa yang menyuruhnya sujud kepada Adam a.s. ialah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan Tuhan yang Maha Berkuasa, walaupun sebelum itu, dia telah mengenali sifat-sifat Allah s.w.t. tersebut...
Maka, terkeluarlah dari mulutnya ayat yang membandingkan dirinya dengan Adam a.s. apabila mengatakan "ANA KHAIRUN MINHU" (saya lebih baik dari dia).
 
Namun, Iblis menyedari yang kata-katanya menjatuhkan dirinya di hadapan Allah s.w.t., ketika dia mengutamakan dirinya dari Allah s.w.t.. Ia secara tidak langsung menjadikan sifat "ANA" sebagai tuhan selain Allah s.w.t.. Iblis lantas segera untuk menutup kesalahannya dengan menyebut: "KAMU (ALLAH) ciptakan aku dari api dan kamu ciptakan dia (Adam a.s.) dari tanah". Ini ialah satu pendustaan Iblis yang jelas, kerana ucapannya tidaklah sama seperti apa yang disembunyikan di dalam dirinya.
 
Kalaulah dia sememangnya bermaksud, untuk tidak sujud kepada Adam a.s., kerana dia diciptakan dari api dan Adam a.s. diciptakan dari tanah, apa masalahnya sang api sujud menghormati sang tanah? Dari ayatnya sendiri "KAMU menciptakan aku... " telah jelas bahawa, Allah s.w.t.lah yang mencipta sesiapa yang dikehendaki sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
 
Jadi, kalaulah dia benar-benar faham apa yang dikatakan tentang "Kamu ciptakanku dari api dan Kamu ciptakan dia dari tanah", maka, tidak akan menghalang dia untuk sujud kepada Adam a.s.
 
Tetapi, apa yang tersembunyi dalam hatinya bukanlah dari sudut perbezaan ciptaan antaranya dengan Adam a.s. yang diciptakan dari tanah, kerana iblis juga faham, tanah lebih banyak manfaat dari api. Apa yang tersimpan dalam hatinya ialah "ANA", tuhan selain Allah s.w.t., takkala merasa dirinyalah yang taat kepada Allah s.w.t. dan dirinyalah yang bersusah-payah beribadah kepada Allah s.w.t., sehingga lupa bahawa, ianya (ketaatan dan usahanya) dari Allah s.w.t., padahal dia mengetahuinya.
 
Oleh itu,fahamlah kita mengapa Iblis sangat membenci nabi Adam a.s. dan selalu berusaha untuk menyesatkan anak2 Adam...Oleh itu banyakkanlah amalan kita kepada Allah agar kita dapat membina bentang untuk menghalang tipu daya Iblis dan syaitan... 

No comments:

Lagi Best.....^-^